I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 15 December 2011

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPG Kampus Pendidikan Islam

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia. Selain itu, BBK juga bertujuan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan serta mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan. BBK juga memainkan peranan penting dalam menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa. Bagi mencapai matlamat tersebut pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengisytiharkan bulan Oktober sebagai BBK mulai 2009, oleh itu sewajarnya semua pihak membuat perancangan rapi untuk sama-sama memeriahkan dan mengambil bahagian dalam menjayakan kempen ini.

      Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, maka pada Oktober lalu iaitu sepanjang 3 Oktober 2011 sehingga 31 Oktober 2011, pihak IPG KPI terutamanya Persatuan Bahasa Melayu IPG KPI (PERBAYU) turut menyahut seruan kempen tersebut dan telah berjaya menyempurnakan BBK 2011 dengan tema “1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara”. Walaupun terdapat beberapa aktiviti bahasa yang melibatkan pelajar serta pihak kakitangan IPG KPI telah berjalan sebelum pelancaran kempen, keberkesanannya dapat dilihat hasil daripada gandingan semua pihak. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak IPG KPI sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan.


Pelaksanaan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 IPG KPI


    Berkat kerjasama setiap pihak, aktiviti-aktiviti yang telah dirangka dengan begitu tertib dan strategik dapat disempurnakan dengan jayanya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tahniah serta syabas atas kebijaksanaan mengatur serta melaksanakan setiap tugasan yang telah diamanahkan bagi setiap ahli jawatan kuasa. 


Marilah sama-sama memartabatkan bahasa (^.^)v