I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 8 July 2011

Pertandingan Menulis Puisi Tradisional

Syukur kehadrat Illahi dengan izin serta keredhaanNya, PERBAYU dapat meneruskan aktiviti seterusnya iaitu pertandingan penulisan puisi tradisional dengan berpandukan rangka kerja yang teliti dan lengkap yang telah disediakan oleh ajk yang terlibat atas bimbingan ketua program iaitu saudari Syaza dan pensyarah pembimbing. Seperti yang kita sedia maklum, pertandingan yang dianjurkan oleh PERBAYU ini merupakan aktiviti yang kedua yang telah dirancangkan pada tahun ini.            

            Berikut merupakan butir-butir penting yang berkaitan dengan pertandingan penulisan puisi tradisional ini:



Tujuan penulisan puisi ini adalah untuk memupuk serta mencungkil bakat para peserta dalam bidang penulisan. Selain untuk menyerlahkan bakat yang ada dalam diri para peserta tersebut, pertandingan penulisan puisi ini juga secara tidak langsung dapat melatih mereka untuk memupuk daya pemikiran kreatif dalam menghasilkan sesebuah karya seni. Oleh itu, PERBAYU amat menggalakkan penyertaan daripada para pelajar terutamanya ahli PERBAYU untuk berkongsi hasil karya masing-masing dalam kesempatan yang ada ini. Pertandingan penulisan puisi ini dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk berkongsi hasil karya penulisan mereka.

Panduan Penulisan Puisi: 
  •   Puisi yang bermutu ialah puisi yang mempunyai keseimbangan antara bentuk luaran dengan bentuk dalamannya. Keseimbangan inilah yang memberi keindahan bahasa dan keindahan makna pada sesebuah puisi itu. Oleh itu, seseorang yang hendak menulis puisi mestilah mengambil kira aspek keseimbangan ini.
  • Bentuk luaran ialah ciri-ciri yang membina sesebuah puisi tersebut. Ciri-ciri ini dapat dilihat. Baris, bunyi, pemilihan kata, bahasa figuratif, kata konkrit, kata abstrak, penyimpangan bahasa, dan tipografi merupakan bentuk luaran puisi.
  • Struktur dalaman puisi terdiri daripada tema, perasaan, nada atau sikap dan mesej.
  •  Tema ialah idea utama yang hendak disampaikan oleh seseorang penyair dalam sesebuah puisi. Antara tema dalam puisi termasuklah keagamaan, kemanusiaan, dan nasionalisme, ekonomi, dan politik.
  • Perasaan ialah suasana perasaan penyair yang diikutsertakan dalam puisi dan dapat dihayati oleh pembaca. Perasaan tersebut mungkin simpati, sedih, benci, marah, kasihan, pasrah, dan sebagainya.
  • Nada ialah sikap penyair penyair terhadap pembaca. Sikap penyair mungkin menggurui, mengejek, menasihati, dan menceritakan sesuatu kepada pembaca.
  •  Mesej ialah perkara yang mendorong seseorang penyair itu menulis puisi. Mesej tersirat di sebalik tema yang diungkapkan.

"Bahasa Jiwa Bangsa"

No comments:

Post a Comment