I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 3 July 2011

PROGRAM JUALAN SEMPENA MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU (MPPB)


ALHAMDULILLAH..dengan izin Allah dan kerjasama pelbagai pihak akhirnya program pertama yang telah dirancangkan pada tahun ini iaitu jualan sempena MPPB bagi PERBAYU telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hasil idea pensyarah pembimbing dan kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli PERBAYU banyak membantu sepanjang pelaksanaan aktiviti jualan ini.

    Seperti yang kita sedia maklum, pada 20 Jun 2011 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) telah mengadakan jualan dengan bertemakan Program Keusahawanan (Menambah Dana Persatuan bagi Menjayakan Program ke arah Memartabatkan Bahasa Melayu). Jualan dibuka di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa. Antara barangan yang dijual ialah sosej, nugget, buah-buahan, air kotak, dan aiskrim Malaysia.

Antara menu utama yang dijual.
    Program ini bertujuan untuk menambah pendapatan persatuan agar dapat menjana pelbagai program dengan lebih berkesan selaras dengan pegangan ahli iaitu untuk memartabatkan Bahasa Melayu di IPG Kampus Pendidikan Islam. Program ini juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk menimba pengalaman mengajurkan  sesuatu program, agar dapat mengaplikasikan pengalaman tersebut di sekolah kelak. Program ini berperanan khusus dalam mempraktikkan kemahiran pengurusan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah yang perlu ada dalam kalangan guru pelatih.

    Selain itu, program ini juga telah berjaya merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli persatuan bahasa Melayu (PERBAYU). Hal ini juga telah dapat membantu kesefahaman antara ahli-ahli persatuan ini. program ini juga telah memberikan pengalaman serta pengajaran yang baik kepada pelajar dan yang juga merupakan bakal guru.


Berikut merupakan perlaksanaan tindakan program yang dijalankan:

Sebelum           
Persetujuan dan perlantikan pengarah serta AJK program. Setiap ahli perlu berusaha dan memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan program ini. Ketua-ketua setiap jawatankuasa yang telah dilantik perlu bijak mengatur strategi bagi memastikan tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan berkesan dan sempurna.

Carta Organisasi Jawantakuasa Program


Penasihat Program              : Encik Hussin bin Fateh Din
                                        : Puan Nazariyah binti Sani
Pengarah Program              : Siti Aisah binti Mohd Sawal
Naib Pengarah Program       : Kifayatul Asrar bin Hehsan
Setiausaha Program            : Nafisah binti Zainal
Bendahari Program             : Azmil bin Ishar

Pengarah Program: Siti Aisah Binti Sawal

Semasa 
Seawal jam 8.00 pagi gerai jualan telah dibuka seiring dengan ketibaan para pelajar baharu dan keluarga masing-masing. Setiap pelajar yang terlibat dengan program ini kelihatan bersemangat untuk menghabiskan semua menu yang hendak dijual. Mereka mempunyai tarikan tersendiri dalam usaha menarik pelanggan.

 Bersemangat melaksanakan tanggungjawab masing-masing. 

Pelanggan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Sabar melayan kerenah pelanggan yang pelbagai.
Gerai dalam suasana yang ceria.. :)

Sentiasa serius dan teliti sepanjang jualan.

Masih mampu tersenyum.. :)

Pengarah Program tersenyum melihat pelanggan yang tidak putus-putus ke gerai jualan. (^^,)
    
    Bagi melicinkan perlaksanaan aktiviti jualan, jadual untuk menjaga gerai telah dirangka   dengan membahagi-bahagikan tugas antara pelajar yang terlibat. Hal ini untuk memastikan tenaga kerja pada hari tersebut dalam keadaan cergas dan selesa untuk menjalankan tugas mereka. 

Selepas 
Tepat jam 1.15 petang jualan telah habis dibeli oleh orang ramai. Sambutan yang pada awalnya suram akhirnya membuahkan hasil yang baik. Ajk yang terlibat iaitu ajk peralatan dan persiapan tempat telah memainkan peranan mereka untuk membersihkan tapat jualan. Hal ini bagi memastikan tapak jualan berada dalam keadaan yang bersih agar pihak institut tidak mengenakan sebarang tindakan. Namun begitu, pelajar lain turut membantu membersihkan kawasan tersebut.

Saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Semangat kerja berpasukan.

Tekun dalam bekerja.

Masih bersemangat sehingga tamat aktiviti jualan.

Alhamdulillah, kami selaku ahli Perbayu amat bersyukur kerana penganjuran Program Jualan Air sempena MPPB yang dirancangkan ini telah mencapai berjalan dengan lancar. Semoga Allah s.w.t memberkati kami dan semua yang terlibat sepanjang menjayakan program ini.


Semoga Allah memberkati segala usaha..... (^.^) 

No comments:

Post a Comment